Penyakit diabetis adalah salah satu penyakit yang mengancam nyawa seluruh rakyat Malaysia. Corak pemakanan yang sedap dan citarasa makanan yang pelbagai, telah menyebabkan pengambilan pemakanan kita tidak terkawal.
Tanpa senaman dan aktiviti luaran yang banyak selepas pemakanan, boleh menyebabkan kita akan mengidap diabetis. Gula yang terkandung di makanan ruji kita iaitu nasi, telah menyebabkan kita mudah dijangkiti penyakit diabetis. Dengan mengawal pemakanan yang mengandungi gula ini, kita dapat mengurangkan potensi jangkitan diabetis.
Terdapat beberapa kaedah yang boleh diperoleh dan dipelajari dengan mudah untuk mengelakkan jangkitan diabetis ini, antaranya adalah dengan mendisiplinkan diri kita melalui pengawalan pemakanan kita. Tetapi bagaimana caranya?
Bagi saya, saya tidak mengidap diabetis, tetapi ayah saya adalah pengidap diabetis yang menggunakan insulin. Apa yang saya dapat lihat setiap hari adalah, penggunakan insulin ini mesti disuntik setiap hari dan bayangkan berapa banyak lubang yang menembusi kulit kita setiap hari melalui suntikan insulin.
Selain dari itu, ubat yang diberikan oleh hospital juga terpaksa dimakan, dan setiap 3 bulan adalah pemeriksaan berjadual yang telah ditetapkan oleh pihak hospital untuk memastikan ubat dan insulin digunakan mengikut jadual dan berkesan ke atas badan untuk menerima ubat dan insulin. Apa yang pasti adalah, suatu hari nanti, kegagalan buah pinggang akan berlaku sekiranya pengawalan pemakanan masih tidak dikawal walaupun dengan pengambilan insulin dan ubat setiap hari.
Kesan dari diabetis ini juga telah menyebabkan antibodi penyembuhan untuk badan kita menjadi lemah, dan ini berlaku apabila ada luka atau lebab di badan seseorang pesakit diabetis. Ini juga berlaku kepada ayah saya, luka terpaksa dibersihkan setiap hari di hospital dan jika sudah mahir, keluarga sendiri juga boleh membersihkannya sendiri di rumah. Pemerhatian setiap 2 hari ke hospital juga adalah perlu untuk mengikut perkembangan luka yang dirawat sendiri.
Setelah setahun dua melihat ayah saya yang terpaksa menanggung sakit diabetis yang banyak pantang larangnya, saya telah mengambil keputusan untuk mencari formula yang boleh menghilangkan diabetis dengan cara semula jadi iaitu tidak menggunakan ubat dan insulin sebagai rawatan.
Secara perlahan-lahan kandungan gula dalam darah ayah saya semakin berkurangan menjadi normal dalam masa setahun, Dalam proses pemulihan itu, ubat semakin lama telah dikurangkan oleh pihak hospital dan insulin sudah tidak digunakan lagi untuk rawatan dan cuma ubat-ubatan sahaja, itu pun dengan dos yang kecil.
Ternyata berkesan dan ternyata mujarab. Pulihkan diabetis secara semulajadi.

No comments:
Post a Comment